02-10-2007, 11:59 AM
METRO AHAD-Ahad,30 September 2007
Amy bakal raya sakan
Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
shakilawati@hmetro.com.my
Rap
BERJAUHAN dengan suami menjadi kebiasaan buat Amy Mastura sejak tahun pertama mendirikan rumah tangga. Kini, usia perkahwinannya mencecah tujuh tahun, penyanyi dan pelakon ini memahami tuntutan karier suaminya yang bertugas sebagai jurutera bahagian petroleum dan gas di pelantar minyak Laut China Selatan.
Suami pulang sambut raya dari luar negara

Kata ibu kepada Adriana, 6, dan Adalia, 2, ini sukar untuknya menghubungi Alvin kerana suaminya bertugas jauh di tengah lautan. Yang boleh dilakukan hanya menunggu panggilan daripada Alvin.
Kami sudah biasa berjauhan. Kadangkala Alvin pergi sebulan lamanya dan pernah mencecah tiga bulan. Hanya panggilan telefon dapat mengubat rindu saya dan anak, lebih-lebih lagi Adriana sebab dia manja dengan Alvin.
Setiap kali Alvin ke Kazakhstan, kami akan bersedih tapi bila dia balik rasa berdebar pula, maklumlah lama tak jumpa.
Jika Alvin tidak dapat bercuti, saya berhasrat bawa anak ke Kazakhstan untuk menyambut lebaran bersamanya. Mujur permohonan cutinya selama sebulan diluluskan, dapatlah kami beraya sakan di Ipoh dan Kuala Lumpur, kata Amy seraya ketawa ceria.
Sepanjang Ramadan, Amy menyelesaikan penggambaran program hiasan dalaman, Casa Impian, selain menjalankan tugas sebagai duta produk. Tumpuan selebihnya diberi kepada anak sambil melakukan persediaan menyambut lebaran.
Setakat ini saya belum berkesempatan ke bazar Ramadan. Jika tiada undangan berbuka puasa, saya lebih suka masak di rumah. Lebih seronok, apabila masih ada jiran mengamalkan budaya tukar lauk. Meriah setiap kali waktu berbuka, katanya.
Meskipun bekerjaya, anak dan suami tetap jadi keutamaan duta Safi Rania, Slimworld, Quaker Oats dan Omega ini. Sesibuk mana sekalipun, Amy berusaha melapangkan sebanyak mungkin masa dengan keluarga.
Kalaupun ada undangan persembahan di luar Kuala Lumpur, saya tetap balik ke rumah demi Adriana dan Adalia. Jika Alvin ada di rumah, baru saya terima undangan yang menuntut saya bertugas di luar lebih sehari.
Ketika menjayakan penggambaran Cinta Q di Singapura dulu, saya turut bawa anak. Tidak sampai hati tinggalkan mereka lama-lama. Sudahlah ayah berjauhan, pasti tambah sedih jika saya juga tiada di samping mereka, katanya yang membintangi drama raya TV3, Bawang Kecil Bawang Besar.
Mengulas kerjayanya, Amy melahirkan syukur kerana dapat lebih daripada yang diidamkan. Katanya, kalau ikutkan, dia hanya ingin menjadi penyanyi latar dan andai merakam album, memadai sebuah saja. Namun siapa sangka, diam tak diam, si cantik berusia 36 tahun ini sudah ada enam album.
Berlakon pun ingatkan satu filem saja, tapi tak sangka pula lebih daripada itu dan dapat pengiktirafan Pelakon Wanita Terbaik pada 1999. Alhamdulillah, ini semua rezeki daripada-Nya.
Tahun ini saya sengaja kurangkan menyanyi, sebaliknya fokus perhatian lebih kepada lakonan dan mengacara. Kalau menyanyi pun hanya pada hujung minggu.
Insya-Allah, tahun depan saya akan muncul dengan album baru. Tidak banyak yang boleh saya ceritakan mengenai album ini kerana ia masih dalam peringkat persediaan awal. Dengan kerjasama Sony BMG, diharap album ini dapat mengubat kerinduan peminat.
Filem pula, ada tawaran, tapi saya masih menunggu kata putus daripada produksi berkenaan. Oh ya, syukur kontrak saya sebagai duta Quacker Oats dan Slimworld di sambung lagi. Semua ini rezeki anak, katanya yang tidak pernah merancang perjalanan kariernya, sebaliknya lebih senang mengikut arus dan menerima apa saja rezeki di depan mata.