03-12-2007, 10:47 AM
Tak kisah dilabel artis senja
Sekarang bukan lagi zaman gemilang saya
AWAL 90-an lalu, nama Amy Mastura dijulang dan gah di persada seni. Ketika itu dia adalah primadona filem Melayu manakala lagu hitnya menjadi pilihan stesen radio. Wajah comelnya sering menghiasi dada akhbar dan majalah hiburan. Dirinya yang bebas kontroversi dan gosip liar, menjadi pemangkin Amy sering mendapat tempat di hati peminat dan pihak media pula senang bekerjasama dengannya.
Hari berganti minggu, bulan berganti tahun. Sejak kebelakangan ini, mungkin ramai sudah mula menyedari, Amy Mastura tidak lagi menjadi pilihan utama, pun begitu namanya tidak pernah lekang di bibir dan ingatan peminat. Filem dan dramanya masih mendapat tempat, lagunya pula terus menjadi siulan dan produk antarabangsa seperti Omega masih mengekalkan Amy sebagai duta.
Paling ketara, Amy tidak lagi mampu menarik perhatian produser dan sutradara membintangi filem komersil mereka. Kalau ada pun hanyalah drama Bawang Besar Bawang Kecil yang baru saja disiarkan. Ketika ini aktres jelita seperti Fasha Sandha dan Maya Karin mampu mengungguli carta filem serta drama apabila deretan produk mereka menjadi pilihan di pasaran hiburan.
Justeru, kedua-dua nama popular itu seolah-olah mengisi kekosongan yang ditinggalkan Amy, sekali gus persaingan sengit di antara mereka dikatakan faktor mengapa nama Amy terus tenggelam dan hanya sesekali muncul memberitahu peminat setianya, Amy masih 'bernyawa' sekalipun perlu berdepan dengan pesaing yang kuat dipengaruhi bakat, glamor dan populariti.
"Sepanjang Amy bergelar artis, tidak pernah terlintas di fikiran bahawa persaingan menjadi halangan kepada Amy meneruskan karier dunia seni. Rezeki yang diperoleh hari ini mencukupi untuk menampung kehidupan Amy sekeluarga. Lagipun, dulu Amy bujang, tiada komitmen, kini sudah berkeluarga. Justeru, dari segi masa, antara kerjaya dan keluarga perlulah seimbang.
"Hari ini, kita dapat perhatikan, ramai muka baru yang muncul. Mereka lebih mendapat perhatian. Amy iri hati, kenapa? Perkataan itu tidak pernah wujud dalam kamus hidup Amy dari mula-mula Amy bergelar artis. Ramai artis muda yang berbakat dan popular, terus-terang Amy rasa bangga. Amy meletakkan diri sebagai penonton, pastinya Amy teruja apabila industri kita mampu melahirkan bakat baru sebagai pelapis.
"Takkan dari dulu sampai hari ini, peminat asyik nak tengok muka Amy Mastura saja? Sedar diri, itu yang paling penting. Apa yang artis muda lalui dan peroleh hari ini, Amy dah pernah merasainya dulu. Zaman sekarang, bukan lagi era kegemilangan Amy macam dulu-dulu. Pun begitu, rezeki yang Amy peroleh hari ini, kalau bukan menerusi lakonan dan nyanyian, ia datang dari sumber lain umpamanya iklan dan duta produk.
"Orang kata Amy Mastura dah senja, suam-suam kuku, biarlah. Itu sekadar gelaran, Amy hanya anggap gurauan saja. Semua orang pun akan senja suatu hari nanti. Sekalipun senja, rezeki Amy tak pernah putus, alhamdulillah. Dalam seminggu, pasti ada tawaran persembahan nyanyian. Ini membuktikan, peminat masih menerima Amy seadanya," kata Amy yang tetap peramah seperti dulu.
Bangga dengan pencapaian Fasha, Maya
APA komen Amy mengenai Fasha dan Maya yang dikatakan pelapis dunia hiburan, terutama lakonan?
"Amy masih ingat, Amy pernah berlakon bersama Fasha dalam Bintang Hati. Ketika itu Fasha hanya memegang watak kecil saja. Sekarang peminat dah melabel Fasha sebagai primadona filem Melayu alaf baru. Dalam masa empat tahun dia terjun ke dunia lakonan, Fasha sudah membintangi lebih 15 filem. Namanya begitu popular, duta Maybelline dan Garnier lagi. Sebagai penonton, pastinya Amy berasa bangga!
"Begitu juga Maya Karin. Amy dan Maya pernah mewakili Malaysia ke Festival Filem Asia Pasifik Ke-49 di Fukuoka, Jepun, sekali gus Maya diumumkan sebagai Aktres Terbaik Asia Pasifik! Sekali lagi Amy berasa bangga kerana kami datang dari negara yang sama. Maya pula dilantik sebagai duta Celcom. Itu yang Amy maksudkan, apa yang artis muda hari ini peroleh, Amy pernah merasainya dulu," katanya lagi.
Ada juga cakap-cakap mendakwa, kerana tidak ada peluang berlakon filem, Amy sanggup menerima watak sebagai wanita tua mengemis dalam program Cit Cat Raya Azwan 2007, baru-baru ini? Adakah Amy terdesak?
"Watak sebagai pengemis pun berlakon juga, jadi apa salahnya? Lagipun apabila tiba di set, baru Amy diberitahu kena buat apa. Amy menerimanya atas dasar persahabatan, penerbitnya, Azwan Ali, kawan lama Amy," jelasnya lagi.
SUMBER : BINTANG POPULAR - BERITA HARIAN - 02/12/2007